tentang rofm

Tentang Rofm

Assalamualaikum WBT.

Selamat datang ke ROFM. Jika ini baru pertama kali anda mendengarkan nama ROFM, sebenarnya kami telah wujud lama di dalam area internet dengan followers kami sendiri dan juga haters yang membenci kami. Apapun, kami sayang kedua-dua’nya tanpa sebarang diskriminasi.

Untuk itu, kami terus membangunkan satu demi satu projek terbaru demi menghargai mereka yang menyokong setiap apa yang kami lakukan.

Idea ROFM ini datang oleh kerana kami melihat radio melalui internet semakin mendapat tempat. Dengan tiadanya unsur-unsur pengiklanan yang membosankan, nyata radio di internet lebih menjadi pilihan para pendengar. 

Kami juga seperti anda yang mahu mendengarkan lagu-lagu, bukan ingin mendengar iklan-iklan yang lagi menyerabutkan kepala kami.

Jika anda berminat untuk menyertai krew ROFM boleh lah menghubungi mana-mana DJ yang bertugas.